Budak perempuan dibebaskan selepas 7 tahun diculik

KANAK-KANAK perempuan bergambar di Masjid Ibafo untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di Ogun, Nigeria. - AFP

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)





NIGERIA: Seorang kanak-kanak perempuan yang diculik oleh kumpulan militan Boko Haram dari bandar Chibok dibebaskan selepas tujuh tahun terpisah dengan keluarga.

Gabenor Borno, Babagana Zulum berkata, kejadian yang berlaku pada 2014 menyaksikan lebih 200 murid diculik pada waktu malam di sebuah sekolah yang terletak di timur laut bandar itu.

Penculikan itu mendapat liputan antarabangsa dengan kempen dalam sosial media dengan tanda pagar #bringbackourgirls.

Katanya, seramai 270 murid diculik dengan 82 orang dibebaskan selepas rundingan pada 2017.

Manakala, seramai 113 murid dipercayai masih berada dalam tahanan militan dan selebihnya sudah melarikan diri atau diselamatkan.

“Mangsa yang sudah diselamatkan itu akan diberikan rawatan psikologi dan perubatan sebagai sebahagian daripada program pemulihan oleh kerajaan,” katanya. -REUTERS

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.