Hari ini pada 8 Ogos 2021, Dato Azizulhasni Awang telah menyumbang PINGAT PERAK OLIMPIK untuk negara. Tahniah !! Pencapaian yang cukup membanggakan.. 👏🏻👏🏻 |
SHIZUOKA: Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang menepati sasaran apabila menghadiahkan pingat untuk Malaysia menerusi kilauan perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik 2020, sebentar tadi.
Saingan di Velodrom Izu, Shizuoka menyaksikan Jason Kenny mempertahankan emas selepas bijak menggunakan teknik senko iaitu serangan awal.
Biarpun pelumba Great Britain itu melebarkan jarak dalam saingan tersebut, namun Azizulhasni yang juga Raja Keirin 2017 berupaya mendekatinya dan menamatkan saingan 0.763 saat di belakang Kenny.
Gangsa diraih pemenang dua emas Olimpik Tokyo, Harrie Lavreysen dari Belanda selepas ketinggalan 0.773s di belakang Kenny.
JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang (dua dari kiri) meraih pingat perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik kali ini.- AFP |