Tisu ini dikutip oleh seorang individu di majlis perpisahan Messi dengan Kelab Bola Sepak Barcelona. - Gulf Today |
MADRID – Kertas tisu mengandungi kesan hingus dan air mata bekas bintang kelab bola sepak Barcelona, Lionel Messi berjaya dijual pada harga AS$1 juta (RM4.239 juta) oleh seorang individu tidak dikenali, lapor laman berita Gulf Today baru-baru ini.
Tisu tersebut digunakan Messi ketika majlis perpisahan pemain bola sepak Argentina itu selepas kontraknya dengan Barcelona tamat.
Menurut laporan, tisu itu dikutip oleh seseorang yang hadir pada majlis berkenaan dan dia kemudan menjualnya di sebuah platform online.
“Tisu ini mengandungi kandungan genetik Messi yang membolehkan anda mencipta klon pemain bola sepak sehebat beliau,” tulis keterangan pada gambar tisu yang dijual.
Tisu ini dikutip oleh seorang individu di majlis perpisahan Messi dengan Kelab Bola Sepak Barcelona. - Gulf Today |
Tisu Messi guna untuk lap air mata, dijual pada harga RM4.24 juta
Tisu yang digunakan oleh pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi untuk mengesat air matanya ketika majlis perpisahan, akan dijual pada harga AS$1 juta (RM4.24 juta). Messi meninggalkan Kelab Barcelona dan kini menyertai Kelab Paris Saint Germain (PSG). Lapor Gulf Today, seorang individu yang tidak dikenali mendakwa memperoleh tisu terpakai itu selepas majlis perpisahan tersebut, meletakkan iklan di sebuah laman sesawang yang popular. Menerusi iklan berkenaan, individu tersebut mengumumkan tawaran menjual tisu digunakan bintang bola sepak itu yang juga disifatkannya sebagai `barangan berharga’ pada harga sejuta dolar. Individu itu juga mendakwa tisu tersebut mengandungi genetik Messi yang membolehkan mana-mana pihak mengklon pemain bola sepak sepertinya.Tisu mengandungi hingus, air mata Messi dijual RM4.24 juta |