England berkemungkinan menjalani perintah berkurung sekali lagi dan barisan kepemimpinan negara ini perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. |
LONDON: England berkemungkinan menjalani perintah berkurung sekali lagi dan barisan kepemimpinan negara ini perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Lapor Mirror, pakar penyakit berjangkit, Mark Woolhouse menggesa kerajaan supaya mengekalkan sekatan sedia ada bagi mengelak perintah berkurung dilaksanakan sekali lagi.
Amaran itu dinyatakan selepas hampir tiga minggu England bebas daripada semua sekatan Covid-19 sejak 19 Julai lalu.
Ketika ini, kes jangkitan baharu direkodkan sebanyak 20,000 sehari dalam tempoh sejak dua minggu lalu.
“Kerajaan perlu sentiasa ‘membuka pintu’ untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya keadaan kembali serius.
“Varian Covid-19 sering bermutasi dan kita tidak boleh jangka bagaimana tahap varian yang seterusnya,” katanya.
Selain itu, Woolhouse juga berharap negara ini tidak ‘berpatah balik’ seperti sebelum ini yang jelas menjejaskan pelbagai pihak.
Namun, katanya, keadaan itu tidak mustahil memandangkan Covid-19 tidak boleh dijangka.
“Saya berharap kita perlu berpatah balik terlalu jauh kerana kita tidak mahu lagi menempuh fasa yang meletihkan dan menjejaskan semua pihak,” ujarnya.