INDONESIA menghentikan ujian dara bagi wanita yang mahu menyertai tentera. – AFP |
JAKARTA: Beberapa pertubuhan hak asasi manusia menyambut baik keputusan Indonesia menghentikan ujian dara bagi wanita yang mahu menyertai tentera.
Lapor The Guardian, prosedur yang dikenali sebagai ‘ujian dua jari’ itu dilakukan terhadap golongan tersebut bagi memastikan selaput dara masih utuh.
Pemeriksaan itu diwajibkan kepada wanita yang mahu menyertai tentera dan juga berkahwin dengan pegawai tentera.
Ketua Staf Tentera Indonesia, Jeneral Andika Perkasa menerusi telesidang mengesahkan amalan selama puluhan tahun itu kini sudah berakhir dan memaklumkan wanita akan direkrut berdasarkan prosedur sama seperti dilakukan untuk golongan lelaki.
Menurut Andika, para wanita akan dipilih berdasarkan kemampuan mereka mengikuti proses pendidikan tentera.
INDONESIA menghentikan ujian dara bagi wanita yang mahu menyertai tentera. – AFP |
“Kita harus menggunakan cara sama ketika merekrut wanita,” katanya.
Sebelum ini, beberapa pertubuhan hak asasi mengecam amalan tersebut dengan menyifatkannya sebagai kejam dan mencabul perbezaan jantina. – AGENSI