AJUNAIDI menunjukkan model kereta Lamborghini yang dirampas polis dalam satu serbuan dekat kediaman di Country Homse, Rawang di sini pada Julai lalu yang membawa kepada penangkapan individu bergelar ‘Dato’ Ken’ pada 11 Ogos.
SHAH ALAM: Seorang lelaki bergelar ‘Dato’ Ken’ bersama isteri akhirnya ditahan polis selepas aktiviti sindiket melibatkan judi dalam talian, pinjaman tanpa lesen dan lombong bitcoin tumpas melibatkan nilai rampasan keseluruhan bernilai RM33 juta.
Tangkapan terhadap Liow Lian Keong (Dato’ Ken) dan Chen Lye Kuen masing-masing berusia 40 dan 41 tahun yang dibuat pada 11 Ogos lalu itu adalah susulan daripada serbuan yang dibuat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor ke atas empat buah rumah di Country Homes, Rawang pada awal Julai lepas melibatkan judi dalam talian.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, beberapa rampasan serta sitaan melibatkan kenderaan dan hartanah dikaitkan dengan sinidiket Dato’ berkenaan dibuat yang terdiri daripada 14 kereta mewah pelbagai model, 14 rumah, tiga rumah kedai, wang tunai dan pembekuan 71 akaun bank.
Ketika serbuan dibuat di Country Homes, sebanyak sembilan set komputer riba dan 15 telefon bimbit dirampas serta 13 orang berusia 17 hingga 40 tahun yang merupakan pekerja dalam sindiket itu ditangkap dan dituduh di Mahkamah Selayang pada 9 Julai.
“Berdasarkan keterangan dan maklumat risikan, Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (ipk) dan Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman kemudiannya melakukan penangkapan ketua sindiket dan isterinya itu.
Sindiket ‘Dato’ Ken’ tumpas, nilai rampasan RM33 juta |
Sindiket ‘Dato’ Ken’ tumpas, nilai rampasan RM33 juta
“Hasil siasatan juga, polis menemukan 24 syarikat dipercayai digunakan sindiket terbabit bagi mengaburi perniagaan dan keuntungan haram yang diperolehinya daripada dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya.
Beliau menambah, sindiket tersebut sebelum ini menjalankan aktiviti memberi pinjaman wang tanpa lesen yang dikhaskan kepada kenalan rapat serta ahli perniagaan sahaja dengan mengenakan kadar faedah sekitar lapan hingga 10 peratus sebulan.
Bagi aktiviti melombong bitcoin pula, sindiket terbabit dikesan melakukan pendawaian elektrik secara haram ke dalam premis mereka sehingga menyebabkan kerugian yang ditanggung Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencecah jutaan ringgit sebulan.
Aktiviti judi dalam talian pula, sindiket berkenaan menggunakan rumah atau pejabat bagi menempatkan pekerja mereka menguruskan kegiatan perjudian itu secara 24 jam sehari. Sementara modus operandi perhubungan pelanggan pula dilakukan secara dalam talian.
Sindiket terbabit menggunakan platform media sosial seperti aplikasi WhatsApp, WeChat dan Facebook bagi mempromosikan kegiatan judi dalam talian, malah mereka dipercayai menggunakan akaun bank ‘keldai’ bagi transaksi setiap bayaran.
“Kegiatan Ah Long bermula sejak 2014 dan menjana keuntungan sehingga RM2 juta setahun. Judi online pula beroperasi sejak 2016 di sekitar Negeri Selangor, Perak, Pahang, Sabah dan memperolehi keuntungan sehingga RM 6 juta setahun.
Sindiket ‘Dato’ Ken’ tumpas, nilai rampasan RM33 juta
“Kegiatan bermula dari tahun 2020 dan sindiket memperolehi keuntungan sebanyak RM800,000.00 sebulan atau RM10 juta setahun,” jelasnya.
Arjunaidi menambah, walau bagaimanapun, pihaknya masih mengesan dua orang lagi suspek membantu siasatan melibatkan sindiket ini iaitu Chuah Seong Hooi dan Heow Hee Soon.
“Sehubungan itu, pihak polis meminta bantuan orang ramai, sekiranya mempunyai sebarang maklumat sila salurkan kepada balai polis berhampiran ataupun Pegawai penyiasat iaitu Insp Shahriman Mat Junus di talian (012-3480281),” ujarnya.
Kongsikan artikel ini:
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.