Katanya, seorang kanak-kanak maut akibat serangan tersebut. |
KABUL: Satu letupan kedengaran berhampiran kawasan lapangan terbang Kabul hari ini. Siaran televisyen dan rakaman video menunjukkan kepulan asap hitam di lokasi terbabit. Menurut beberapa saksi, letupan itu berpunca dari serangan roket yang mengenai kawasan perumahan yang terletak di bahagian utara lapangan terbang tersebut. Media tempatan memetik jurucakap polis Afghanistan melaporkan, serangan roket tersebut berlaku ketika operasi pemindahan penduduk masih berjalan. Katanya, seorang kanak-kanak maut akibat serangan tersebut.
KEADAAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul selepas serangan bom oleh militan Daesh.-AFP |
AS dakwa berjaya ‘hapus’ suspek pengebom bunuh diri ke-2 di Kabul
Serangan dron yang dilancarkan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) menyebabkan suspek pengebom bunuh diri yang didakwa mahu melancarkan serangan di lapangan terbang Kabul maut.Serangan itu merupakan yang kedua dilancarkan oleh tentera AS sejak insiden pengebom bunuh diri yang menyebabkan 13 anggota tentera negara itu maut pada Khamis lalu.
Serangan roket di Kabul, seorang kanak-kanak maut |
Sumber tentera AS memberitahu, suspek didakwa sebagai pengebom bunuh diri berdasarkan keadaan letupan yang berlaku selepas dron melancarkan serangan.
Presiden AS, Joe Biden sebelum ini memberi amaran bahawa satu lagi serangan pengganas boleh berlaku dalam tempoh 24 hingga 36 jam ketika tempoh operasi pemindahan penduduk semakin hampir ke penghujung. – REUTERS