Pemancing terkejut, ular sawa gergasi sepanjang 8 meter muncul dan menyusur di kawasan berdekatan kampung, sempat ambil video sebelum segera beredar 😨 |
Ular sawa merupakan antara spesies ular yang sangat digeruni oleh manusia kerana saiznya yang sangat besar dan kebolehannya untuk membelit dan menelan mangsa hidup-hidup.
Penemuan mengejutkan itu disahkan sendiri oleh ketua kampung yang dikenali sebagai Wintono. Berbicara kepada media tempatan, ketua kampung memberitahu ular sawa itu ditemui dalam jarak kira-kira 1km dari kampung mereka.
Menurutnya lagi, ini bukanlah kali pertama penduduk kampung menemui ular sawa yang besar tetapi dulu ketika banjir di kebun, ular sawa besar itu pernah dilihat oleh orang kampung.
Tambahnya lagi, ular sawa besar itu berkemungkinan keluar dari sarangnya kerana banjir yang sedalam 1 meter dan menyebabkannya keluar ke tempat lain.
Meskipun ular sawa besar itu pernah dilihat beberapa kali, tetapi ketua kampung ini bersyukur kerana setakat ini tiada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kehilangan haiwan ternakan disebabkannya.
VIDEO:
Pihak kampung akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangkap ular sawa tersebut yang dikatakan masih berkeliaran di sekitar kawasan kebun dan mungkin akan ditempatkan di tempat yang jauh dari penempatan manusia.
Sebagai info, ular terbesar di dunia ini adalah ular spesis Green Anaconda (Eunectes murinus) yang juga dikenali sebagai giant anaconda dan mempunyai ukuran melebihi 9 meter.
Kredit: Researchgate |
Tags