Ahli Parlimen diminta untuk menyerahkan Serah Surat Akuan Calon PM Kepada Istana Negara Sebelum 4 Petang Esok |
KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen diminta menyerahkan surat akuan calon bagi Perdana Menteri ke-9 kepada Istana Negara, lapor Bernama TV memetik Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Tambah beliau, mereka perlu melakukan sedemikian sebelum jam 4 petang esok.
Lapor Bernama TV, beberapa ahli Dewan Rakyat mengesahkan telah menerima surat berkenaan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun telah meminta semua ahli parlimen mengemukakan surat akuan yang menyatakan dengan terang jelas calon perdana menteri ke-9. pic.twitter.com/fQh2cbAU1s
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) August 17, 2021