Sebutan ‘Amin’ Surah Al-Fatihah Dalam Solat, Sah Atau Tidak? Ini Jawapannya

Jika anda masih keliru, rujuk kepada ahli ilmu dan bertanya. Jangan buat hukum sendiri.


Surah Al-Fatihah merupakan pembukaan – Surah yang diturunkan di Mekah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir.

Surah ini mempunyai 7 ayat dan adalah Surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah Surah dan termasuk dalam golongan Surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ianya dijadikan sebagai pembuka dan permulaan.


Berikut merupakan terjemahan Surah Al-Fatihah:

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ : Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ : Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ : Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ : Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ : Tunjukilah kami jalan yang lurus.
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّين : Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Untuk pengetahuan anda, selain dinamakan Surah Al-Fatihah, ianya juga ini dinamakan sebagai:

  • Ummul Kitab (induk al-Kitab)
  • Ummul Qur’an (induk Al-Qur’an)
  • As-Sabu’ul Matsani (Tujuh Yang Diulang)
  • Ash-Shalah (Solat)
  • Al-Hamd (Pujian)
  • Al-Wafiyah (Yang Sempurna)
  • Al-Kanzu (Simpanan Yang Tebal)
  • Asy-Syafiyah (Yang Menyembuhkan)
  • Asy-Syifa (Ubat)
  • Al-Kafiyah (Yang Mencukupi)
  • Al-Asas (Pokok)

Persoalan: Adakah sebutan ‘Amin’ dalam Surah Al-Fatihah yang disebut dalam solat merupakan ayat ke-8?

Jawapannya, TIDAK.

Surah ini hanya ada 7 ayat.

Jika ingin penerangan lanjut, boleh baca perkongsian oleh seorang pengguna Twitter @fahmirusliMFR ini.



Harap-harap tiada siapa yang keliru lagi lepas ini.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.