“Saya tidak bisu” – Bee Lee

Bee Lee menjelaskan bahawa dirinya tidak bisu dalam satu video Tik Tok baru-baru ini.



PETALING JAYA – Hampir setiap malam wajah wanita ini, Tan Bee Lee, muncul di kaca televisyen saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan tugasnya sebagai jurubahasa isyarat.

Kecekapan Bee Lee menyampaikan mesej menggunakan bahasa isyarat, khusus untuk penonton pekak dan bisu supaya melekat di depan televisyen bagi mengetahui berita-berita terbaharu.

Wanita berusia 50-an itu adalah antara tiga jurubahasa isyarat diberi tanggungjawab di saluran berkenaan demi memenuhi keperluan golongan berkenaan.

Biarpun berdarah Cina, Bee Lee yang juga pemandu pelancong berlesen yang dikatakan begitu fasih berbahasa Melayu dan mempunyai perwatakan yang ceria.

Apa yang menarik adalah orang ramai menganggap Bee Lee adalah seorang bisu kerana melihat kepada perwatakan serta cara penyampaian bahasa isyarat yang diberinya selama ini.

Bee Lee dalam satu klip video menjelaskan, ramai orang yang beranggapan begitu dan tidak mengetahui yang dirinya sebenar fasih bercakap dan tidak bisu.

“Ramai orang ingat saya bisu, mungkin sebab perwatakan saya. Saya sebenarnya boleh bercakap. Kalau saya mula bercakap susah pula nak berhenti,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.