KEMENTERIAN Kesihatan meluluskan satu lagi vaksin Covid-19 produk Spikevax dikenali sebagai vaksin Moderna. - AFP |
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan meluluskan satu lagi vaksin Covid-19 produk Spikevax dikenali sebagai vaksin Moderna.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu diluluskan menerusi Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-362 yang bersidang hari ini.
Jelas beliau, mesyuarat berkenaan bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi produk Spikevax 0.20 mg/ml Dispersion for Injection Covid-19 mRNA Vaccine (nucleoside modified) dari pemegang pendaftaran produk (PRH) Zuellig Pharma Sdn. Bhd. dan pengilang Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol.
“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.
💉 Malaysia luluskan vaksin COVID-19 Moderna |
Vaksin Moderna boleh digunakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19. (Gambar AP) |