Sah! Malaysia Tidak Akan Bertanding Dalam Miss Universe 2021 Di Israel

Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020 / Pix diambil dari Laman Facebook Rasmi Miss Universe Malaysia

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)




Teka-teki mengenai adakah Malaysia bakal menghantar wakil ke pertandingan Miss Universe 2021 di Eliat,Israel akhirnya terjawab apabila pihak Miss Universe Malaysia Organisation (MUMO) mengesahkan tiada wakil akan ke sana pada tahun ini.

Menerusi kenyataan rasminya, sehubungan itu, pertandingan Miss Universe Malaysia 2021 juga dibatalkan kali ini mengambil kira situasi Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

"Kami ambil perhatian keputusan Organisasi Miss Universe untuk mengadakan edisi ke-70 di Eilat, Israel pada Disember depan. Oleh demikian, kami menolak jemputan untuk pertandingan tahun ini.

"Malangnya, kerana situasi Covid-19 semakin teruk, sekali gus mengehadkan perjalanan antarabangsa dan domestik, kami tidak akan anjurkan Miss Universe Malaysia 2021.

Picture
Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) tidak akan menghantar wakil ke pertandingan ratu cantik Miss Universe 2021 selepas edisi tahun ini diumumkan berlangsung di Eilat, Israel.

"Kami mengucapkan selamat bertanding kepada semua delegasi di pertandingan peringkat antarabangsa itu. Kami tidak sabar untuk kembali menyertainya pada masa hadapan," kata MUMO.

Tiada Wakil Malaysia Tahun Ini

Picture
Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020

Menerusi sebuah kenyataan rasmi yang dihantar kepada pihak Murai.my sebentar tadi, MUMO membuat keputusan untuk menolak jemputan penyertaan pada tahun ini selepas mengambil kira faktor penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia yang kini ditahap membimbangkan. Berikutan itu, kebenaran untuk merentas dalam dan luar negara juga telah dihadkan.

Malaysia Kembali Pada 2022

Dalam pada itu, MUMO turut mengucapkan selamat maju jaya buat delegasi lain yang akan bertanding dalam edisi ke 70 ini. Selain itu, MUMO juga menyatakan keterujaan untuk menghantar wakil dalam penganjuran Miss Universe akan datang.

Picture
Sah! Malaysia Tidak Akan Bertanding Dalam Miss Universe 2021 Di Israel

Pada 20 Julai lalu, pengumuman Organisasi Miss Universe mengadakan pertandingan itu di Israel mencetuskan pelbagai reaksi. Apalagi, ia diumumkan selepas isu krisis Israel dan Palestin hangat diperkatakan.

Pada Mei lalu, edisi ke-69 Miss Universe dilangsungkan di Florida, Amerika Syarikat (AS). Malaysia diwakili Francisca Luhong James ketika itu.

Peserta Mexico, Andrea Meza dinobatkan pemenang pada edisi berkenaan. Seramai 74 peserta bertanding dan penganjurannya berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Terdahulu, Murai.my melaporkan beberapa sumber terdekat termasuk pereka fesyen terkenal memaklumkan Malaysia dan Indonesia tidak akan menghantar wakil pada tahun ini sebagai tanda solidariti terhadap Palestin yang diserang Israel tidak lama dahulu.


Susulan Israel diumumkan sebagai tuan rumah kali ini, sebuah tanda pagar #BoycottMissUniverse2021 telah diwujudkan oleh warganet sebagai tanda protes.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.