Polis angkut 31 peserta acara 'Vigil' nyalaan lilin peringati kematian Covid-19

31 peserta himpunan kenang korban Covid-19 diangkut polis



Seramai 31 orang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi malam ini selepas diarahkan bersurai daripada perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka.

Ia dibuat sebagai memperingati korban Covid-19. Untuk rekod setakat ini seramai 13,480 orang meninggal dunia akibat wabak tersebut, termasuk 178 orang untuk hari ini saja.

Kebanyakan mereka yang ditahan kelihatan diseret ke lori Black Maria polis yang menunggu tidak jauh dari situ selepas berlaku pertengkaran di antara peserta perhimpunan dengan anggota keselamatan.

Peserta terbabit kedengaran berkali-kali meminta polis menyatakan sama ada mereka ditahan atau sebaliknya namun ia tidak dilayan.

Polis kemudian bertindak menarik peserta perhimpunan dan mana yang enggan kerana bertegas mahu tahu sama ada mereka ditahan atau tidak, kemudian diangkat anggota keselamatan terbabit.


Seramai 31 individu ditahan selepas diarahkan bersurai ketika menghadiri acara nyalaan lilin bagi memperingati mereka yang terkorban akibat Covid-19.
Seramai 17 lelaki dan 14 wanita - termasuk dari kumpulan Sekretariat Solidariti Rakyat yang menganjurkan himpunan #Lawan baru-baru ini - ditahan. Kebanyakan mereka adalah belia.



Sekumpulan besar anggota polis mula bersiap sedia di kawasan berkenaan seawal jam 8 malam ketika peserta mula berkumpul.



Peserta terbabit sempat berkumpul sambil membawa sepanduk dan plakad termasuk bertulis angka 13,480 yang merujuk kepada jumlah korban Covid-19 setakat ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.