Pelajar maut ketika cari line Internet

Pelajar maut ketika cari liputan Internet

Sibu: Seorang pelajar perempuan maut manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti, ketika sedang mencari liputan Internet di Jalan Julau-Nanga Entabai di Bahagian Sarikei dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Julau Deputi Superintendan Andam@Sulin Brayun berkata, dalam kejadian pada 9 malam itu, mangsa dikenali sebagai Kemalia Fran George, 17, sedang membonceng motosikal yang ditunggangi rakan lelakinya, Feisyia Erwin Jeffery, 20.


"Semasa kejadian, motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan bergerak menuju ke sebuah kawasan tapak perumahan baharu untuk mencari liputan Internet, (sebelum) motosikal itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Julau, sementara jenis dan nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar mereka masih belum dapat dikenal pasti.


Katanya, mayatnya dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.