Budak 7 tahun positif Covid-19 hadir kenduri cetus kluster

Budak positif Covid-19 hadir kenduri cetus kluster di Kelantan

PUTRAJAYA – Hasil saringan individu bergejala ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disahkan positif Covid-19 hari ini, mencetuskan satu lagi kluster baharu melibatkan aktiviti ziarah sempena majlis kenduri perkahwinan di Kelantan.


Menurut rumusan kluster baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, kluster dikenali sebagai Kluster Kampung Padang Tok La itu dilaporkan di Pasir Mas dan sehingga kini menjangkiti lapan orang hasil saringan terhadap 10 individu.

“Kluster ini melibatkan aktiviti ziarah-menziarahi di Kampung Padang Tok La, Pasir Mas sempena majlis kenduri perkahwinan dan lanak-kanak lelaki yang juga kes indeks tersebut mula bergejala pada 23 Julai lalu,” katanya di sini hari ini.


Gambar hiasan
Ia antara 13 kluster komuniti yang dikenal pasti dengan empat daripadanya melibatkan aktiviti ziarah-menziarahi dan sambutan perayaan manakala, secara keseluruhan sebanyak 30 kluster baharu dilaporkan termasuk 14 kluster tempat kerja serta dua kluster kumpulan berisiko tinggi. -K! ONLINE


Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.