Azizulhasni raih tiket ke final keirin

PELUMBA negara, Datuk Azizulhasni Awang (kiri) mara pentas akhir keirin selepas memenangi separuh akhir di saringan kedua Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, Shizuoka, hari ini.- AFP




SHIZUOKA: Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang mengesahkan tiket ke final keirin Sukan Olimpik 2020 selepas menamatkan aksi penuh bergaya dengan memenangi peringkat separuh akhir, sebentar tadi.

Pelumba kelahiran Dungun itu akan bersaing di pentas akhir pada pukul 11 pagi sebentar lagi di Velodrom Izu, Shizuoka.

Kejayaan tersebut menyaksikan beliau mengulangi pencapaiannya lima tahun lalu apabila mara ke pentas akhir keirin, sebelum memenangi pingat gangsa Olimpik di Rio.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.