Kedutaan Ukraine tutup sementara Fb selepas teruk diserang netizen
Serangan oleh netizen yang tidak puashati ekoran insiden protes oleh atlet Ukraine menyebabkan pejabat kedutaan negara itu di sini menutup sementara laman Facebook rasminya.Susulan itu, Duta Besar Ukraine di Malaysia Olexander Nechytaylo berkata, terdapat beberapa persoalan tentang keputusan jawatankuasa penganjur yang menyebabkan tercetusnya kontroversi tersebut.
Beliau turut berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera dan telus.
Kenyataan rasmi Olexander dalam Facebooknya malam tadi. |
Nama Muhammad Ziyad Zolkefli dan Ukraine trending di media sosial selepas penyertaan jaguh lontar peluru para negara itu dibatalkan pada final hari ini di Paralimpik Tokyo selepas pada awalnya sepatutnya memenangi pingat emas dan memecahkan rekod dunia.
Ia selepas dia serta dua lagi peserta lain dari Ecuador dan Australia difahamkan menerima protes daripada kem Ukraine kerana dikatakan lambat memasuki 'call room' atau bilik persediaan atlet sebelum turun beraksi.
Rata-rata netizen berang dengan tindakan kem Ukraine yang dilihat sengaja mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia apabila dilihat bertindak tidak profesional.
Atlet lontar peluru paralimpik negara Muhammad Ziyad Zokefli. |
Affendi Ahmad pula menulis: "Tiada semangat kesukanan atlet Ukraine..Rekod jelas tiada tandingan..Tapi masalah teknikal macam tu hendak dijadikan isu semata-mata nak menang.
Qafsyah Samat berkata: "Patut serang pihak penganjur sebab kalau dah masuk lewat apasal lepaskan… so pihak penganjur perlu bertanggungjawab atas kesilapan ni. Rasa kalau kita serang pihak pengajur mungkin ada harapan dapat emas balik atau dia bertanding semula."
"Pelik!!...perlawanan dah habis...dah pecah rekod dunia, terus kena protes...harap masih ada sinar di Hari Kemerdekaan ini," kata Khairool Kamaruddin.
Terdahulu pada aksi di Stadium Olimpik, Ziyad mencetuskan kegembiraan buat kontinjen negara apabila mengungguli acara berkenaan dengan melakar rekod dunia 17.94m sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Pembatalan penyertaan Ziyad menyaksikan peserta dari Ukraine, Maksym Koval yang sebelum ini menduduki tempat kedua, meraih pingat emas dengan catatan 17.34m sekali gus rekod baharu dunia.
Rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi yang melakukan balingan terbaik 17.30 pada percubaan ketiga, meraih pingat perak manakala gangsa milik Efstratios Nikolaidis yang melakukan balingan 15.93m.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.