Mu, secara saintifiknya dikenali sebagai B.1.621 |
WHO pantau virus baharu dinamakan 'Mu'
Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memantau varian baharu Covid-19 dikenali sebagai Mu, yang pertama kali dikenal pasti di Colombia, pada Januari.Mu, secara saintifiknya dikenali sebagai B.1.621, dikategorikan sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI), menurut badan dunia itu menerusi buletin pandemik mingguannya.
Menurut WHO, varian itu mempunyai mutasi yang menunjukkan risiko kekebalan terhadap vaksin dan kajian lanjut diperlukan untuk memahaminya.
"Varian Mu mempunyai mutasi yang menunjukkan kemungkinan untuk mengatasi sistem imun," lapor buletin berkenaan.
Seorang lelaki mendapatkan vaksin COVID-19 Moderna di bar La Cantina di Medellin, Colombia, pada 11 Ogos 2021. (Gambar: AFP) |
Peningkatan kes itu terutama untuk mereka yang masih belum divaksin dan di wilayah di mana pihak berkuasanya sudah melonggarkan peraturan kawalan berhubung Covid-19.
Semua virus termasuk SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19, bermutasi menerusi tempoh masa dan kebanyakan mutasi itu mempunyai sedikit kesan dan hampir tiada kesan kepada virus berkenaan.
Namun, sebilangan mutasi mempunyai kesan terhadap virus itu dan mempengaruhinya dalam cara ia berjangkit, tahap keseriusan penyakit, kekebalan terhadap vaksin, ubat dan kawalan lain.
Setakat ini, WHO mengklasifikasikan empat varian membimbangkan (VOC) untuk Covid-19 iaitu varian Alpha, yang dikesan di 193 negara dan varian Delta, dikesan di 170 negara.
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.