Enggan Pakai ‘Lampin Muka’, Bekas Ratu Cantik Malaysia Dikecam

Penatlah macam ni..



Meskipun hanya dinobat sebagai ratu cantik Miss Universe Malaysia, namun sudah pasti segala tindak-tanduk mereka akan menjadi perhatian ramai.

Umum mengetahui bahawa situasi pandemik yang genting kini memaksa rakyat supaya mengikut pelbagai peraturan mengikut operasi prosedur standard (SOP) bagi menjamin keselamatan semua.

Pun begitu, Samantha Katie James yang merupakan bekas ratu cantik Miss Universe Malaysia 2017 telah mengingkari salah satu arahan tersebut dan dengan bangga menayangkan kesalahan tersebut di laman media sosial miliknya.

Saya dan dia akan buat hal kami sendiri kerana kami dikelilingi oleh mereka yang memakai mask, menyebarkan cahaya dan kedaulatan kami di mana-mana. Saya tidak akan pernah memakai ‘lampin’ (mask) itu di muka saya melainkan untuk menyamar atau ketika berada di sekeliling orang yang menjengkelkan.

Samantha Katie James

Miss Universe Malaysia 2017


Tampil tidak memakai pelitup muka di tempat umum, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan mengecam tindakan tidak bertanggungjawab wanita itu.

Malah dia dengan bangga mendedahkan bahawa tindakannya itu berjaya meyakinkan orang lain untuk turut membuang pelitup muka mereka.

Saya nampak seorang lelaki berjalan di hadapan saya dan membuka mask lalu merosakkannya dengan tangan. That’s my man. Love you whoever you were!.

Samantha Katie James

Miss Universe Malaysia 2017



Terdahulu, Samantha pernah dikritik ramai kerana meluahkan pendapat yang berbaur rasis ketika protes #BlackLivesMatter berlangsung.

Kredit: The Rakyat Post

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.