Tangkap layar video TikTok yang menunjukkan abang kepada pengantin lelaki (kanan) yang melihat adik kandung sendiri berkahwin dengan bekas kekasihnya. -TikTok |
JAKARTA – Seorang lelaki pilu apabila melihat bekas kekasihnya selama empat tahun akhirnya berkahwin dengan adik kandungnya sendiri, lapor laman berita Suara.com semalam.
Kisah lelaki itu tular dalam aplikasi sosial TikTok apabila pemilik sebuah akaun memuat naik majlis pernikahan tersebut yang berlangsung di sebuah kampung.
“Bercinta selama empat tahun namun akhirnya kekasih berkahwin dengan adik sendiri,” tulis kenyataan pada video tersebut.
Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki yang merupakan abang kepada pengantin lelaki itu sedang melihat ke arah pelamin pasangan pengantin baharu sambil mengenakan kemeja bercorak batik.
“Bagaimana jika anda berada dalam situasi ini?” tulis pemilik akaun itu lagi.
Netizen yang menonton video itu meninggalkan pelbagai komen, rata-ratanya meminta agar si abang bersabar atas ketentuan tersebut.
“Sakit sangat. Jika bekas kekasih berkahwin dengan orang lain mungkin masih reda, namun adik sendiri, itu maksudnya disakiti secara perlahan,” tulis seorang netizen.
“Semoga diganti dengan wanita yang lebih baik ya,” tulis seorang netizen lain. – Agensi