Jangan pamer sijil vaksinasi palsu di SJR

Vaksin COVID-19: Kerajaan nafi penggunaan kad fizikal bercetak



Polis akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih ketat di sekatan jalan raya (SJR) di seluruh Kelantan bagi mengelakkan berlakunya individu yang memalsukan sijil vaksinasi dapat merentas daerah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, beliau khuatir ramai rakyat di negeri ini mengambil kesempatan dengan membuat sijil vaksinasi palsu selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada penduduk di negeri Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan merentas daerah.

Katanya, sehubungan dengan itu, polis akan meneliti segala dokumen berkaitan sijil vaksinasi yang dikemukakan oleh pengguna jalan raya di seluruh SJR di negeri ini bermula esok.

“Pengguna jalan raya sudah pasti akan mengambil kesempatan untuk merentas daerah walau apa juga cara termasuk memalsukan sijil vaksinasi bagi mereka yang belum lengkap dos vaksin.


Shafien (tengah) selepas merasmikan Program Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2021 di Sekolah Kebangsaan Pak Mandol, Tumpat.
“Kompaun akan dikenakan terhadap individu yang didapati memalsukan sijil vaksinasi di SJR. Kerajaan sudah memberi kelonggaran dan saya harap semua pihak dapat mengikuti SOP baharu ini,” katanya selepas merasmikan Program Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2021 di Sekolah Kebangsaan Pak Mandol di sini hari ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.