Ismail Sabri angkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-9

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan di Istana Negara pada pukul 2.28 petang hari ini.

Ismail Sabri angkat sumpah sebagai perdana menteri ke-9



Istiadat tersebut diadakan di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada Jumaat, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Naib Presiden UMNO itu mendapat sokongan 114 ahli Dewan Rakyat berdasarkan surat akaun yang diterima Seri Paduka Baginda dan cukup untuk membentuk kerajaan baharu. Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kesembilan.

Ismail mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada pukul 2.29 petang.


Acara itu disiarkan secara langsung di saluran televisyen serta laman Facebook Pejabat Perdana Menteri.
Ahli parlimen Bera itu merupakan perdana menteri pertama yang tidak menjadi ketua atau timbalan ketua parti politik.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada masa ini berdepan perbicaraan rasuah di mahkamah, manakala timbalannya Mohamad Hasan bukan ahli parlimen.

Ismail yang merupakan naib presiden Umno menggantikan Muhyiddin Yassin - presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin letak jawatan setelah hilang majoriti apabila 15 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan terhadap kerajaannya, yang merangkumi PN (Bersatu, PAS, STAR, SAPP, Gerakan), BN (Umno, MCA, MIC, PBRS), GPS (PBB, PRS, PDP SUPP), PBS dan ahli parlimen bebas.

Bagaimanapun, 14 daripada 15 ahli parlimen tersebut telah kembali menyokong PN setelah dipersetujui Ismail akan menggantikan Muhyiddin.

Ismail, 61, merupakan timbalan perdana menteri dalam kabinet Muhyiddin.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.