“Hari ini kita semua kehilangan sahabat, seorang mak dan isteri yang sangat penyayang” – Nabila Huda

Nabila Huda Luah Rasa Ralat Dengan Siti Sarah, Tak Tahu Sekeluarga Positif Covid-19



Pelakon dan pengacara, Nabila Huda meluahkan rasa pedih di hati apabila kehilangan sahabat baiknya, Siti Sarah Raissuddin, awal pagi tadi.

Menurut Nabila yang mesra di sapa Abil, berkata, dia mengambil masa untuk berkongsi kenangan bersama Allahyarham kerana terlalu sebak dan hilang kata-kata untuk menulis.

“Kehilangan memang menyakitkan. Nak dijadikan cerita, sudah bertahun kenal, membesar bersama dalam industri ini.

Berita pemergian Isteri kepada pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 5.13 pagi ini di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, menerima reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon dan pengacara berbakat, Nabila Huda yang meluahkan rasa sedih terhadap pemergian rakan selebritinya.

Menerusi laman Instagram, anak perempuan kepada penyanyi rock, Search telah memuatnaik screenshot perbualannya bersama Allahyarhamah.

Dah dekat sejam abil type caption, delete, type balik, delete, tiba-tiba mengalir je air mata.. speechless. Kehilangan memang menyakitkan.”

Nabila Huda

Anak Amy Search

View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Membesar Bersama Dalam Industri

Nabila Huda turut mendedahkan bahawa beliau mengenali Allahyarhamah dan membesar bersama dalam industri hiburan.

Nak dijadikan cerita, dan bertahun-tahun kenal, membesar bersama dalam industri ni, baru tahun ni kita selalu communicate. Kita dapat buka puasa bersama, abil masak untuk supper, kita makan sama-sama. Pastu kita share macam-macam cerita and plan future business together, mu bagitau apa yang mu imagine nak buat.

Nabila Huda

Anak Amy Search

Ralat Tidak Tahu Seluruh Keluarga Allahyarhamah Positif Covid-19

Pelakon yang dilahirkan pada tahun 1984 ini meluahkan rasa ralatnya yang tidak mengetahui seluruh keluarga Allahyarhamah disahkan positif Covid-19.

Yang paling ralat, abil taktau the whole family positive sebab abil tengok semua swab test, cuma liked, scroll up je video sebab tak sanggup tengok anak-anak semua kena swab test. Pastu abil tengok video yang kiss anak-anak atas wheelchair tu terus mesej abg @shuibsepahtu, dia kasitau the whole story. Hanya tuhan je tau macam mana risaunya abil lepas tahu berita tu sebab kita penah bincang pasal betapa takutnya kita dengan keadaan covid nie...

Nabila Huda

Anak Amy Search

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Tenanglah Kau Di Sana

Tambahnya lagi, beliau memberitahu bahawa hari ini semua orang kehilangan sahabat, seorang mak dan isteri yang sangat penyayang.

Hari ini kita semua kehilangan sahabaat, seorang mak dan isteri yang sangat penyayang, seorang bintang yang paling besar..Terima kasih sahabatku..Tenanglah kau di sana..Al-Fatihah..

Nabila Huda

Anak Amy Search

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang beriman. Salam takziah buat Shuib sekeluarga. Al-Fatihah…

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.