360 kematian; 1,095 kes ICU

360 kematian; 1,095 kes ICU



PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 18,688 kes berbanding semalam, 19,257 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 17,055 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 360 kematian dicatatkan dengan 1,095 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 571 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 225,393 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,565 kes diikuti Kuala Lumpur (1,883), Kedah (1,610), Sabah (1,379), Johor (1,308) dan Negeri Sembilan (1,140).

“Kelantan pula negeri tertinggi yang mencatatkan kes tiga angka iaitu 870 kes, Perak (861), Pulau Pinang (694), Pahang (602), Terengganu (598), Sarawak (581) dan Melaka (526).


360 kematian; 1,095 kes ICU
“Hanya Putrajaya mencatatkan kes dua angka iaitu 63 kes manakala Perlis, enam kes dan Labuan, dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.