Gempa bumi bermagnitud Major M7.1 mengegar kawasan Mindanao, Filipina pada kedalaman 65km sekitar pukul 1.46 am... |
Gempa bumi berukuran 7.1 magnitud menggoncang wilayah pantai tenggara Filipina awal pagi ini, lapor agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), tatkala beberapa pihak lain pada awalnya tidak menolak kemungkinan gegaran itu boleh mencetuskan tsunami.
Gegaran dilaporkan berlaku di wilayah Davao pada jam 1.46 pagi waktu tempatan pada kedalaman 65.6 kilometer, lapor Reuters yang memetik USGS.
Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) pada awalnya mengeluarkan amaran tsunami kecil dengan ombak dijangka setinggi 0.2 hingga 1 meter di sesetengah kawasan pantai di Filipina.
Namun hanya gelombang yang sangat kecil setinggi 5 cm berlaku sebelum amaran itu ditarik balik.
Kekuatan, pusat gempa, dan kedalaman mungkin disemak semula ketika ahli seismologi mengkaji data dan memperbetulkan pengiraannya.
Gempa bumi kuat goncang tenggara Filipina, tiada tsunami |
Namun, berdasarkan data seismik awal, gempa itu sepatutnya dirasai secara meluas oleh hampir semua penduduk di kawasan pusat gempa. Ia mungkin menyebabkan kerosakan ringan hingga sederhana. – Agensi