Pingat Emas Ziyad Ditarik Balik, Sekretariat Malaysia Buat Bantahan Rasmi
PARALIMPIK: Kemenangan Ziyad dibatalkan
Perkembangan terbaru :
TOKYO, 31 Ogos -- Atlet lontar peluru paralimpik negara Muhammad Ziyad Zokefli beraksi pada acara lontar peluru F20 (kategori masalah pembelajaran) pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik malam ini.Ziyad berjaya melakukan lontaran sejauh 17.94. - FOTO BERNAMA
Kejayaan jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas 'dirompak' oleh protes yang dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo, .
Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik panggilan sebelum pertandingan dimulakan.
Berdasarkan semakan di laman Paralimpik Tokyo, ketiga tiga atlet terbabit mendapat status 'DNS' sekali gus menyebabkan mereka dianggap tidak layak beraksi sekalipun Ziyad sebelum itu memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.
Bagaimanapun, protes terbabit menyaksikan apa yang dilakukan Ziyad tidak dikira.
Keputusan rasmi menyaksikan Ukraine yang melakukan protes berjaya meraih pingat emas dan perak bagi acara lontar peluru F20.
Susulan itu, pingat emas menjadi milik Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter sekali gus menjadi rekod dunia sementara pingat perak dirangkul Oleksandr Yarovyi yang mencatat balingan 17.30.
Paralimpik mengesahkan pingat Emas yang diraih oleh Ziyad Zolkefli telah ditarik semula dan diberikan kepada atlet Ukrain, Maksym Koval selepas diprotes.
Nama Ziyad Zolkefli dikeluarkan dari senarai pemenang acara yang memenangi pingat.
Nama Ziyad Zolkefli dikeluarkan dari senarai pemenang acara yang memenangi pingat.
#Athletics | 31 Ogos
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 31, 2021
TERKINI: @Paralympics mengesahkan pingat Emas yang diraih oleh Ziyad Zolkefli telah ditarik semula dan diberikan kepada atlet #UKR, Maksym Koval selepas diprotes. Semoga Ziyad kuat. 😠#Paralympics #Tokyo2020 #KamiLuarBiasa #unifiedMalaysians #DemiMalaysia https://t.co/498UFLT9ja
Fakta Emas Ziyad Zolkefli
1. 17.94 Meter adalah rekod baru bagi lontar peluru F20 paralimpik yang telah memadamkan rekod sebelum ini iaitu 17.29 yang juga miliknya sendiri.2. Rekod hari ini adalah rekod yang ketiga dipadamkan dalam masa sehari iaitu dua kali oleh Ziyad dan sekali oleh atlet dari Ukraine.
3. Rekod Ziyad juga telah memadamkan rekod kebangsaan atlet normal iaitu 17.58 Meter milik Adi Alifuddin Hussin.
4. Malah rekod ini juga berjaya melepasi rekod lontar peluru Sukan Sea atlet normal iaitu dengan jarak 17.74 meter.
Pencapaian yang sungguh luar biasa daripada seorang atlet paralimpik.
Tahniah Ziyad kerana memberi hadiah sempena hari kemerdekaan pada tarikh keramat 31 Ogos 2021.
Sungguh luar biasa hebat pencapaiannya. Ziyad Zolkefli tetap juara kami! Terima kasih Ziyad.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.