China lumpuh sekali lagi akibat Covid-19?

ORANG ramai beratur untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di Beijing, China. - AFP




BEIJING: Jutaan penduduk China mula menjalani perintah berkurung hari ini ketika negara ini terus berusaha mengekang penularan jangkitan Covid-19.

China hari ini merekodkan sebanyak 55 kes jangkitan tempatan ketika penularan varian Delta sudah pun merebak di 20 bandar dam lebih puluhan daerah.

Pihak berkuasa tempatan di beberapa bandar utama termasuk Beijing sudah melakukan ujian saringan kepada jutaan penduduk, selain mengarahkan mana-mana kontak rapat pesakit Covid-19 menjalani kuarantin.

Bandar Zhuzhou di wilayah Hunan mengarahkan 1.2 juta penduduknya duduk di rumah sepanjang perintah berkurung dilaksanakan tiga hari bermula hari ini.

Bandar Zhangjiajie yang terletak berhampiran Zhuzhou terlebih dahulu sudah melaksanakan perintah berkurung sejak Jumaat lalu, melibatkan 1.5 juta penduduk.


Varian Delta merebak ke 3 wilayah China
Daerah Changping pula mengarahkan 41,000 penduduk jangan keluar rumah pada minggu lalu.

Selain itu, sejumlah kes baharu jangkitan bahru turut direkodkan di wilayah Hainan.


Sementara itu, Beijing melarang kemasukan pelancong ke bandar raya itu buat sementara waktu bagi mengekang penularan.

Hanya pengembara yang mempunyai keputusan ujian Covid-19 negatif dibenarkan memasuki Beijing, selain penduduknya juga dinasihatkan jangan meninggalkan bandar tersebut. – AFP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.