8 Kes Baharu Dikesan, Brunei Laksana Kawalan Pergerakan

Kerja-kerja sanitasi dijalankan di dalam sebuah masjid di Brunei. - Gambar AFP




BANDAR SERI BEGAWAN - Selepas lebih setahun bebas dari ancaman COVID-19, Brunei Darussalam kembali menjadi sebutan apabila mencatatkan lapan kes baharu hari ini.

Susulan perkembangan, perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan selama dua minggu berkuatkuasa serta merta di seluruh negara.

Ia membawa kepada penutupan sekolah, masjid dan pusat rekreasi manakala perhimpunan awam dihadkan kepada hanya 30 peserta.

Larangan turut dikenakan ke atas aktiviti dine-in di restoran atau kedai makan, dengan premis seumpamanya hanya dibenarkan untuk menyediakan khidmat pembungkusan dan penghantaran.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Brunei berkata, semua rakyat diwajibkan untuk mengenakan pelitup muka setiap kali berada di luar rumah sepanjang tempoh PKP.

Difahamkan, enam daripada lapan kes baharu itu disyaki berpunca dari sebuah hotel yang menjadi pusat kuarantin di negara berkenaan.

Kementerian Kesihatan akan melakukan pengesanan kontak rapat semua pesakit COVID-19 itu bagi memastikan punca jangkitan,” katanya. – Getaran, 7 Ogos 2021

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.