Budak lelaki 5 tahun tak sengaja tertembak adik perempuan

KELUARGA mangsa membawa anak mereka ke Hospital Deer River, namun, mangsa gagal diselamatkan

Abang tak sengaja tertembak adik perempuan



MINNESOTA: Seorang budak lelaki berusia 5 tahun tidak sengaja tertembak adik perempuannya berumur 3 tahun di rumah mereka di bandar ini.

Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku pada pukul 4 pagi, di Bena.

Pegawai Polis Cass County Sheriff, Tom Burch menyifatkan kejadian itu sebagai satu ‘kemalangan’ dan belum jelas mengenai keadaan yang berlaku di rumah semasa itu atau bagaimana kanak-kanak boleh memegang senjata.

Jelasnya, tiada kanak-kanak yang dinamakan sebagai suspek dan hubungan mereka tidak didedahkan kepada awam serta tiada sebarang pertuduhan jenayah dikenakan.

Keluarga mangsa membawa anak mereka ke Hospital Deer River, namun, mangsa gagal diselamatkan.

Kajian 2019 menunjukkan penyalahgunaan senjata merupakan punca kes kematian kedua tertinggi dalam kanak-kanak dan remaja serta punca kes kematian paling tinggi dalam kalangan murid sekolah menengah.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.