Bom lama Perang Dunia Kedua ditemui

Sebutir bom lama peninggalan perang dunia kedua ditemukan di kawasan ladang sawit belakang rumah peneroka Felda Triang 1 di Bera.



BERA – Sebutir bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di kawasan ladang kelapa sawit belakang sebuah rumah peneroka di Felda Triang 1 di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, bom jenis UXO Arial itu ditemukan seorang lelaki yang sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan ladang sawit belakang rumahnya kira-kira pukul 3.30 petang.

“Bom jenis UXO Arial seberat 226 kilogram sepanjang 0.9 meter itu dijumpai separuh terkeluar dan dipercayai daripada bom lama kesan daripada Perang Dunia Kedua.

“Hasil penilaian mendapati bom jenis ini adalah berisiko untuk dialihkan dan hanya boleh dimusnahkan di tempat dijumpai,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mansor berdasarkan perancangan bom berkenaan dicadang untuk dimusnahkan esok selepas penduduk berhampiran dipindahkan ke kawasan selamat dan rumah paling hampir dengan bom berkenaan hanya dengan jarak 100 meter.


Bom lama Perang Dunia Kedua ditemui di Felda Triang
Katanya, penduduk berhampiran akan dipindahkan ke dalam bangunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terletak kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian semasa operasi memusnahkan.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.