Banyak ‘katak’ dijangka melompat dalam tempoh sebulan

Banyak ‘katak’ melompat dalam tempoh sebulan




Suasana politik negara bakal menyaksikan aksi ‘lompat-melompat’ parti oleh para ahli Parlimen dalam tempoh sebulan ini sehingga Parlimen dibuka.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa, pengumuman terkini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan usul undi percaya terhadapnya pada September, tidak ubah seperti sekadar membeli masa.

Katanya kepada Utusan Malaysia, perkara itu juga membuktikan Perdana Menteri sebenarnya sudah hilang majoriti selepas UMNO mengumumkan penarikan sokongan terhadapnya dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita boleh menjangkakan lebih banyak ‘katak’ akan muncul dalam tempoh satu bulan ini. Muhyiddin akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kembali majoriti. Ini akan menjadi keutamaannya untuk kelangsungan politik.

“Malangnya, ketika Perdana Menteri sibuk berpolitik, tidak banyak yang akan dilakukan untuk melawan Covid-19,” katanya ketika dihubungi.


KHOO POAY TIONG
Muhyiddin hari ini menegaskan, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan melalui usul percaya dalam persidangan Dewan Rakyat pada September depan.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan terhadap perkara itu sewaktu menghadap Seri Paduka.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.