Sebahagian ahli keluarga Noorsafurah Mohd. Yasin termasuk 21 orang yang dijangkiti Covid-19. |
‘Saya tak tahu di mana dapat Covid-19’
TAMPIN: Tidak pernah terbayang oleh seorang wanita apabila terpaksa berhadapan satu situasi luar jangkaan apabila 21 ahli keluarganya disahkan telah dijangkiti Covid-19.
Penularan Covid-19 memberi dugaan besar buat seorang wanita apabila 21 ahli keluarganya disahkan positif manakala ibu dan bapanya meninggal dunia akibat jangkitan pandemik tersebut.
Lebih menyayat hati apabila ibu bapanya, Mohd. Yassin Mansor, 74, dan Halijah Amin, 70, turut terkorban angkara virus pembunuh itu. Noorsafurah Mohd. Yassin, 35, berkata, 6 daripada 8 beradiknya telah dijangkiti Covid-19 termasuk dirinya yang merupakan anak ketujuh.
Pada mulanya, 4 ahli keluarga kakaknya yang menetap di Seremban termasuk anak buahnya yang sedang hamil disahkan positif Covid-19 pada Mei lalu namun kesemuanya sudah pulih.