Perdana Menteri ketika menyampaikan pengumuman khas yang disiarkan secara langsung hari ini. |
PETALING JAYA – Kerajaan akan menyalurkan RM10 bilion kepada 11 juta penerima dalam separuh kedua tahun 2021.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu juga akan diteruskan pada tahun hadapan.
“Ia bukan sahaja untuk golongan B40 tetapi juga melibatkan bantuan bersasar kepada golongan miskin tegar, miskin bandar dan M40 yang kehilangan pendapatan,” katanya menerusi satu sesi ucapan khas hari ini.