PN Berunding Dengan Semua Parti Politik Usul Undi Percaya

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin



KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mencapai kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti di luar gabungan berkenaan bagi meluluskan undi percaya di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi, stabil dan inklusif serta menguruskan pandemik sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Ini akan membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba suatu masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

“Undi percaya ini hanya boleh diluluskan dengan undi bipartisan di Dewan Rakyat,” katanya dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.