Tiada Ahli Parlimen yang layak ambil alih tampuk kepimpinan di Putrajaya |
PETALING JAYA – Perdana Menteri, menjelaskan masih tiada Ahli Parlimen yang boleh meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengambil tampuk kepimpinan ketika ini.
Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, sehingga ke saat ini tiada mana-mana Ahli Parlimen yang layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya beliau meletakkan jawatan.
“Saya boleh ambil jalan terhormat untuk meletakkan jawatan saya, namun sehingga saat ini masih tiada Ahli Parlimen yang boleh meyakinkan Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Mentri yang baharu.