Suami isteri OKU terselamat dari rentung

Mangsa wanita yang sesak nafas diberikan rawatan selepas diselamatkan dalam kebakaran di Kota Kemuning awal pagi tadi.




SHAH ALAM – Kepantasan anggota bomba berjaya menyelamatkan sepasang suami isteri yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) daripada rentung di kediaman mereka di Kota Kemuning awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 4.17 pagi sebelum tiba 11 minit kemudian.

Katanya, kebakaran melibatkan rumah dua tingkat dengan kedua-kedua mangsa berusia 31 dan 39 tahun yang OKU pekak dan bisu ditemui terperangkap di bilik air.

“Mangsa wanita yang mengalami sesak nafas telah diserahkan kepada pihak kesihatan untuk diberikan rawatan lanjut.

“Kebakaran telah memusnahkan 50 peratus bahagian bawah rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.