“Teknologi yang merupakan kemajuan terbesar ini dilihat dapat menambah baik peranan vaksin dalam melindungi orang ramai yang mempunyai sistem imunisasi lemah, selain merawat individu dijangkiti di hospital.
“Antibodi Ilama yang luar biasa kecil dapat bercantum dengan bahagian tertentu pada spike protein virus, dan kami tidak nampak mutasi pada kadar tinggi di situ,” ujar Penyelidik dari Pusat Bioteknologi Perubatan VIB-UGent di Ghent, Domunique Tersago, dipetik sebagai berkata melalui Reuters.
Untuk makluman, baru-baru ini, ujian makmal mendapati antibodi Ilama berkemungkinan besar akan memainkan peranan dunia dalam membanteras koronavirus.
Jika ujian klinikal dijalankan syarikat bioperubatan Belgium berjalan lancar seperti dijanjikan sebelum ini, kemungkinan besar antibodi tersebut mampu hentikan pandemik itu dan variannya.
Tambah Domunique Tersago, pihaknya memaklumkan antibodi yang diekstrak daripada seekor Ilama yang dikenali dengan nama “Winter” berjaya mematikan penularan COVID 19 termasuk variannya dalam ujian makmal.
Antibodi Ilama yang luar biasa kecil dapat bercantum dengan bahagian tertentu pada spike protein virus Covid-19.
Malah, antibodi menunjukkan tahap peneutralan kuat terhadap varian Delta yang mudah menular kepada manusia itu.
Jangkaan para penyelidik untuk ujian klinikal yang sudah dimulakan minggu lalu terhadap sukarelawan sihat akan menunjukkan kesan sama.
Menurut Ketua Kumpulan VIB-UGent, Xavier Saelens, Winter boleh menghasilkan versi antibodi yang lebih kecil, stabil dan lebih mudah dihasilkan berbanding mamalia lain.
“Saiznya yang kecil membolehkan ia mencapai sasaran, hingga ke bahagian virus yang sukar diakses antibodi konvensional,” tambahnya.
Ujian ini diteruskan susulan kajian pada 2016 bagi pencarian rawatan COVID 19 mengenai antibodi llama untuk melawan koronavirus SARS dan MERS. - Reuters
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.