6 lelaki, 3 wanita ditahan berpesta dadah, seks di homestay

Sebahagian daripada 9 yang ditahan berpesta seks dan dadah di Jitra pagi ini.



JITRA: 6 lelaki dan 3 perempuan ditahan berpesta seks dan dadah dalam sebuah inap desa yang disewa dua hari di Jalan Impian di sini awal pagi tadi.

Daripada yang ditahan, seorang perempuan berusia 16 tahun. Mereka ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang diketuai Inspektor Muhammad Hafif Zailan dan Inspektor Esmahaslia Abu Bakar pada pukul 3 pagi.

Difahamkan, ketika serbuan kesemua warga tempatan itu sedang berhibur dengan diiringi muzik kuat dengan sebahagian sedang `bermesra’ dengan pasangan masing-masing.

Sumber berkata, siasatan mendapati rumah itu disewa oleh salah seorang yang ditahan dengan harga RM400 sehari.

“Kesemua yang ditahan mengaku inap desa itu untuk dijadikan sebagai lokasi parti liar susulan pusat hiburan belum beroperasi,” kata sumber itu.


Sebahagian daripada 9 yang ditahan berpesta seks dan dadah di Jitra pagi ini.
Sumber memberitahu, enam lelaki yang ditahan ada membabitkan pelajar Institut Kemahiran Mara, pekerja kilang, nelayan dan penghantar barang manakala semua wanita adalah pekerja kedai makan.


Saringan ujian air kencing mendapati kesemua positif dadah jenis amphetamin dan mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Selain itu, kata sumber, kesemua mereka juga dikompaun kerana melanggar peraturan PKP 3.0.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarulzaman Mamat mengesahkan serbuan dan tangkapan.


“Saya ingatkan kepada orang ramai agar tidak terjebak kegaiatan menyalahi undang-undang termasuk melanggar SOP PKP kerajaan,”tegas Kamarulzaman. – UTUSAN

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.