MUHYIDDIN YASSIN |
Perlis, Sarawak & Labuan beralih fasa 3 Rabu ini
PUTRAJAYA: Tiga negeri menjadi perintis peralihan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas merekodkan prestasi amat baik iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa Rabu ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dicapai menerusi mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung perkembangan pelaksanaan PPN.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan negeri-negeri berkenaan untuk terus mematuhi porsedur operasi standard (SOP) dan peraturan ditetapkan untuk menambah baik situasi pandemik di negeri masing-masing.
“Tahniah dan syabas saya ucapkan. Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara, lebih banyak negeri dapat bergerak ke fasa seterusnya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengadakan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya petang ini. |