13 cedera dalam insiden tembakan di New York

Lapor New York Post, sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kedai dobi di Queens semalam.



WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 13 orang cedera dalam dua kejadian tembakan yang berlaku di bandar New York.

Lapor New York Post, sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kedai dobi di Queens semalam.

Polis berkata, sekumpulan lelaki yang menunggang motosikal melepaskan tembakan di 37th Avenue dan 99th Street di Corona selepas pukul 10.30 malam (waktu tempatan).

Setakat ini, tiada penangkapan dilakukan.

Menurut polis, lapan lelaki dan dua wanita yang berusia antara 19 hingga 72 tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital berdekatan untuk diberi rawatan.

Jelas polis, semua mangsa berada dalam keadaan stabil dan pihaknya tidak dapat kenal pasti identiti penyerang tersebut.

Di Manhattan pula, tiga orang awam ditembak ketika dua kumpulan saling berbalas tembakan akibat perselisihan di 330 Audobon Ave.

Kata polis, seorang wanita berusia 42 tahun mengalami cedera di tangan kirinya dan telah dibawa ke Hospital Colombia Presbyterian untuk rawatan.

“Seorang warga emas berusia 58 tahun yang terkena tembakan di perut dikejarkan ke Hospital Harlem.

“Lelaki berusia 78 tahun yang cedera ditembak di tangannya juga telah dibawa ke Hospital Harlem untuk diberi rawatan,” kata polis.

Jelasnya, ketiga-tiga mangsa tersebut juga berada dalam keadaan stabil. – AGENSI

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.