Zii Jia gagal ke suku akhir, terkandas di sekat Chen Long

ZII JIA akur dengan kekalahan 21-8, 19-21, 5-21 kepada jaguh China yang juga juara bertahan, Chen Long di pusingan kalah mati di Musashino Forest Sports Plaza malam tadi. – AFP

Lee Zii Jia gagal ke pusingan suku akhir selepas tewas kepada Chen Long di pusingan kalah mati, sebentar tadi.


TOKYO: Pemain No.1 negara, Lee Zii Jia gagal melangkah ke suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas tewas kepada pemenang pingat emas Rio 2016 dari China, Chen Long di pusingan kalah mati sebentar tadi.

Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan kanan pada awal permainan ketika menyambut bulu tangkis daripada Chen Long.

Bagaimanapun, dia berjaya bermain dengan baik pada set pertama dan mencipta kemenangan 21-8 selepas menampilkan permainan seimbang sejak daripada awal permainan.

Pada set kedua, pemain kelahiran Alor Setar itu ketinggalan pada awal permainan selepas kerap melakukan kesilapan mudah dan memberi mata kepada Chen Long yang banyak bertahan sebelum tewas 19-21.

Dalam set penentuan, Zii Jia ternyata dikawal sepenuhnya oleh Chen Long, apabila dia banyak melakukan serangan bertali arus untuk meraih kemenangan 21-5.

Keputusan itu menyaksikan Chen Long akan berdepan Chou Tien Chen dari Taiwan, esok.


LANGKAH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 menemui noktah selepas akur dengan kekalahan 21-8, 19-21, 5-21 kepada juara bertahan dari China, Chen Long sebentar tadi.
Pada aksi pusingan kalah mati yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza itu, Chen Long nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menampilkan aksi cukup berkualiti dalam tiga set permainan itu.


Meskipun gagal mengiringi kemaraan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke pusingan seterusnya, namun aksi Zii Jia wajar dipuji kerana sudah menunjukkan prestasi terbaik pada penampilan sulungnya di Olimpik.


Menerusi kemenangan itu, Chen Long akan membuat perhitungan dengan pemain No.4 dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen yang sedang menanti di peringkat suku akhir selepas menjuarai saingan Kumpulan P.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.