Najib saran Muhyiddin letak jawatan

Datuk Seri Najib Tun Razak

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan terbaik yang boleh diambil Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini adalah dengan meletakkan jawatannya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Muhyiddin harus mengambil tanggungjawab atas kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang murka (dukacita) dengan pembatalan Ordinan Darurat.


“Secara peribadi bahawa Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku sebagai ketua kerajaan.

“Saya pernah menjadi ketua kerajaan selama 9 tahun dan saya tahu bahawa utusan ini antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.


“Pilihan terbaik adalah berundur secara kehormat kerana ini adalah satu yang mencerminkan beliau bertanggungjawab atas nama kerajannya,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini. – K! ONLINE.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.