Bazly dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menemubual Hup We (belakang) hari ini. |
Sebelum itu, Hup Wei dalam nada sebak berulang kali memohon maaf dan mengakui kesilapannya yang gagal melepasi ketinggian 2.17 meter pada peringkat saringan tersebut.Sometimes in the midst of all the chaos, we forget that WE'RE STORYTELLERS FIRST.
— Nicholas John (@pluralpictures) July 30, 2021
This is @bazlyazmi in Tokyo, speaking to our national high jumper Lee Hup Wei.
All heart.#GanbatteMalaysia #SokongMalaysia @AstroArena @StadiumAstro pic.twitter.com/eQUTgTI1Kq
Bazly ketika berpusing menghadap kamera dilihat tidak dapat mengawal emosi dengan nada tersekat-sekat menyelesaikan tugasan tersebut.
Lee Hup Wei menempuh pelbagai cabaran menjelang Tokyo 2020.
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 30, 2021
Walaupun keputusan tidak seperti diharapkan, kami tetap menyokong anda 100%.
Ini merupakan penampilan ketiga Hup Wei selepas Beijing 2008 dan London 2012.@bazlyazmi#SokongMalaysia #GanbatteMalaysia pic.twitter.com/tT36emZmii
Menurut Bazly, 15 tahun mengenali Hup Wei akhirnya beliau menyatakan hasrat untuk berundur dari Sukan Olimpik. |
“Tidak sukar mendalami perasaan Bazly. Setelah beberapa siri cabaran yang Hup Wei hadapi termasuk pernah positif Covid-19 dan kelayakan beliau ke Sukan Olimpik secara merit juga satu pencapaian membanggakan,” ujar pengendali Laman Facebook Retro Bola Sepak.
“Tiga kali masuk Olimpik dan untuk Olimpik Paris nanti dia tidak mahu dah katanya tadi. Terus Bazly Azmi jadi sebak,” komen Zuhaimi Hashim.Hup Wei announce ini Olimpik terakhirnya
— Bazly.azmi (@bazlyazmi) July 30, 2021
& sedang pertimbang utk bersara selepas 17 tahun mewakili negara
What a journey Taiko ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜@ASTROARENA @501Awani @ERAdotje @sinar_my @gegar_my @ZayanMy https://t.co/R7iFRCbMA2
“Betul. Layak pulak dengan merit. Bukan pergi makan angin. Sekurang-kurangnya dia memberi yang terbaik.
Terdahulu, Hup Wei turut dilaporkan mengalami kecederaan buku lali sebelum memulakan aksi pada hari ini.- K! ONLINE