Wanita dengan bukaan mulut paling luas di dunia

Personaliti media, Samantha Ramsdell




CONNECTICUT: Seorang personaliti media, Samantha Ramsdell dinobatkan sebagai wanita dengan bukaan mulut paling luas di dunia oleh Rekod Dunia Guiness.

Wanita berusia 31 tahun itu menjadi tular selepas sering memuat naik video mengenai bukaan mulutnya di dalam aplikasi TikTok.

Pegawai Rekod Dunia Guinness mengukur bukaan mulut Ramsdell adalah seluas 2.56 inci atau bersamaan 6.5 sentimeter.

“Rekod ini merupakan perkara yang saya tidak pernah sangka akan menaikkan nama saya.

“Jika sebelum ini saya berasa agak malu dengan keadaan ini (bukaan mulut yang luas), namun kini, saya perlu berbangga dengannya,” katanya.

Ramsdell yang mempunyai 17 juta pengikut dalam Tiktok pernah membuat penampilan dengan Isaac Johnson yang turut mencipta rekod dunia bagi bukaan mulut paling luas untuk kategori lelaki.

“Jangan malu dengan keadaan anda kerana itu yang menjadikan anda lebih istimewa, malah mungkin boleh diiktiraf oleh dunia,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.