Pembantu perubatan ditemukan mati dalam rumah

Mayat lelaki berkenaan di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.

MA ditemui mati seorang diri dalam rumah.



SEREMBAN – Seorang pembantu perubatan (MA) ditemui mati seorang diri di dalam rumah di Taman Nusa Intan di sini hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, polis tiba di rumah itu pukul 12 tengah hari selepas menerima laporan daripada rakan lelaki tersebut.

Katanya, mangsa, P. Aravonthan, 30 disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan. Setakat ini, kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya.

Beliau memberitahu, mayat lelaki berkenaan di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.


MAYAT P. Aravonthan dibawa anggota polis ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban selepas lelaki itu ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Taman Nusa Intan, Seremban hari ini.

Sementara itu, abang mangsa, P. Kaviyarasan, 32, ketika ditemui berkata, kali terakhir dia menghubungi adiknya pada Rabu lalu untuk bertanya khabar.

“Masa saya hubungi dia okay sahaja dan tiada menunjukkan sebarang masalah atau sakit,” katanya.

Seorang pembantu perubatan ditemukan mati seorang diri di dalam sebuah rumah di Taman Nusa Intan dekat sini, hari ini.

Lelaki berkenaan, P. Aravonthan, 30, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, polis menerima laporan kejadian tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi daripada seorang rakan lelaki itu yang ke rumah berkenaan.


“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah beliau, mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk proses bedah siasat.


Sementara itu, abang mangsa, P. Kaviyarasan, 32, berkata, kali terakhir dia menghubungi adiknya adalah pada hari Rabu lalu untuk bertanya khabar.

“Masa saya hubungi dia okay sahaja dan tidak memaklumkan dia mengalami masalah ataupun sakit.


“Lagipun dia jarang berkongsikan masalahnya dengan orang lain, namun dia sangat disenangi orang,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.