Skim mySalam: Pesakit Covid-19 layak dapat RM50 sehari
Tahukah anda, individu berpendapatan rendah atau mereka yang tergolong dalam kumpulan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) Covid-19 boleh menerima RM50 sehari sebagai ganti pendapatan mereka yang terjejas di bawah pelan perlindungan mySalam Covid-19.Dalam pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan itu akan dikembangkan merangkumi mereka yang dikuarantin sebagai PUI untuk membuat tuntutan sepanjang 14 hari kuarantin yang diwajibkan.
Berikut dikongikan serba sedikit tentang MySalam Covid-19 dan cara membuat tuntutan (claim) RM50/sehari sekiranya anda dikuarantin.
Apakah Skim MySalam?
Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.Antara manfaat MySalam ialah mereka yang dilindungi dapat menuntut RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari, termasuklah kuarantin 14 hari yang diwajibkan untuk mengekang Covid-19.
Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.
Manakala perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020.
Syarat Kelayakan MySalam Covid-19
Antara syarat kelayakan Skim MySalam Covid-19 ini adalah penerima BSH yang:
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019.
Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel terus kepada pihak mereka di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Bagi penerima manfaat MySalam, tuntutan COVID-19 boleh dibuat bagi 2 keadaan ini:
- Pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19
- Pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia (PUI) – (Takrifan PUI boleh dirujuk melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pautan ini :https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/COVID19/Annex_1_case_definition_COVID_22032020.pdf)
NOTA: Sebarang tuntutan bagi self-quarantine tidak akan dibayar. Tuntutan yang dikemukakan kepada mySalam perlu disertakan bersama perintah isolasi bagi pesakit disyaki COVID-19 atau pengesahan diagnosis COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cara Semak Kelayakan MySalam
Untuk menyemak kelayakan, anda boleh juga melakukannya secara online dengan langkah berikut:
- Layari www.mysalam.com.my
- Masukan kad pengenalan tanpa(-)
- Klik semak
- Di ruangan bawah akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK sebagai penerima manfaat MySalam.
Cara Buat Tuntutan MySalam Covid-19
Tuntutan kepada mySalam perlu dikemukakan secara muat naik salinan dokumen ke portal mySalam atau secara manual melalui kios MySalam.
Sila ikuti langkah berikut:
- Log masuk ke portal mySalam menggunakan nombor kad pengenalan penerima/ pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup, dan kata laluan.
- Laman web mySalam: www.mysalam.com.my
- Aplikasi MySalam : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.rexit.mysalam&hl=en&gl=US
- Klik ‘Tuntutan’ diikuti oleh ‘Penyerahan Tuntutan’
- Pilih ‘Tuntutan Hospitalisasi’ mengikut kategori yang anda pilih. Terdapat 3 pilihan iaitu:
- Pesakit Positif Covid-19
- Disyaki Covid-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM
- Disyaki Covid-19 dan diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri.
- Isikan butiran berikut:
- Tarikh masuk wad / mula kuarantin
- Tarikh keluar wad / tamat kuarantin
- Nama hospital / premis bukan hospital (bagi kes kuarantin)
- Sila muat naik dokumen berikut dan klik ‘Lampirkan’
- Kad pengenalan (depan & belakang)
- Nota discaj (kemasukan wad sahaja)
- Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)
- Klik ‘Hantar’ kemudian klik ‘Saya Setuju’ dan permohonan anda akan diproses.
- Status tuntutan akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan anda disahkan.
- Sila hubungi hubungi pusat panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 untuk pertanyaan lanjut atau bantuan set semula kata laluan.
Untuk membuat proses tuntutan secara manual, anda boleh juga pergi ke mana-mana kios MySalam dengan membawa salinan Kad Pengenalan dan Dokumen yang diperlukan.
Untuk mengetahui lokasi kios MySalam, sila lihat senarai penuh di SINI (Rujuk FAQ No 28).
Muat Turun Aplikasi MySalam
Link aplikasi MySalam di Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.rexit.mysalam&hl=en&gl=US
Cara buat tuntutan / claim duit kuarantin langkah demi langkah melalui apps MySalam adalah seperti berikut:
Download dulu apps MySalam.
Pertama kali daftar tekan log masuk kali pertama.
Masukkan nombor kad pengenalan. Tekan hantar.
Anda akan menerima kata laluan sementara.
Guna kata laluan sementara ini untuk log masuk kali pertama.
Lepas tu boleh login dan tukar kata laluan sendiri.
Lepas tu dah boleh buat tuntutan.
Pastikan kemaskini profil terlebih dahulu.
Kemudian sediakan dokumen.
Baca syarat-syarat.
Isikan borang tuntutan.
Muat naik dan dan lampirkan dokumen yang diperlukan.
Dokumen yang diperlukan :
- 1- Kad Pengenalan
- 2- Surat perintah kuarantin dari KKM
- 3- Surat pelepasan kuarantin dari KKM
- 4- Akaun bank pemohon
- 5- No telefon yg aktif
Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan proses tuntutan, anda boleh membuat pertanyaan di talian 1 300 888 938
atau
E-mel melalui [email protected]
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MySalam dan FAQ MySalam Tuntutan Covid-19
KRU mySalam sentiasa membantu golongan B40 di kios yang disediakan di hospital kerajaan di seluruh negara. |
PETALING JAYA – Rakyat Malaysia yang layak di bawah Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam boleh menuntut faedah penggantian pendapatan RM50 sehari untuk maksimum 14 hari setahun sekiranya dimasukkan ke hospital kerajaan akibat jangkitan Covid-19.
MySalam dalam kenyataannya berkata, perlindungan itu turut diberikan kepada individu yang dikuarantin akibat jangkitan virus sama di rumah atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
“Ini selari dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Bagaimanapun perlindungan ini tidak tertakluk kepada individu yang melakukan kuarantin kendiri.
“Tuntutan mestilah dilakukan melalui laman rasmi mySalam. Dokumen yang diperlukan adalah surat arahan kuarantin atau surat pelepasan kuarantin yang dikeluarkan KKM,” kata kenyataan itu semalam.
Menurut kenyataan itu, pesakit Covid-19 yang dilindungi oleh mySalam boleh juga membuat tuntutan bagi manfaat hospitalisasi sebanyak RM50 sehari terhad kepada 14 hari dalam setahun sekiranya mereka dimasukkan ke hospital bagi penyakit lain.
Antara Mac 2020 dan Jun 2021, pengelola skim Great Eastern Takaful Berhad telah membayar sebanyak RM76 juta tuntutan Covid-19 kepada 140,000 penerima.
Ia sebagai salah satu langkah memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah yang terkesan akibat pandemik.
“Kaunter mySalam disediakan di 141 hospital awam dan universiti di seluruh negara sekiranya orang ramai ingin mendapatkan maklumat dan bantuan penghantaran tuntutan,” katanya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bantuan Covid-19 di bawah Skim mySalam, sila layari laman rasmi mySalam https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=main_EN.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date