BEBERAPA ahli Kabinet dan ahli Parlimen yang menyokong kerajaan PN sedang bermesyuarat di bangunan Parlimen. |
KUALA LUMPUR: Meskipun Persidangan Khas Dewan Rakyat ditangguh empat kali, namun bangunan Parlimen ketika ini masih menjadi tumpuan apabila mesyuarat tertutup berjalan sehingga kini.
Dipercayai, mesyuarat tertutup itu membabitkan beberapa ahli Kabinet berserta ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Mesyuarat tersebut diadakan sebaik sahaja mesyuarat Barisan Nasional (BN) selesai petang tadi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mesyuarat tertutup itu susulan kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sangat dukacita dengan pengumuman pembatalan darurat di Parlimen.
Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE