JAKARTA – Seorang lelaki Indonesia yang positif Covid-19 ditahan kerana menyamar sebagai isterinya bagi menaiki sebuah penerbangan.
Menurut AFP, lelaki yang dikenali sebagai ‘DW’ itu pada awalnya berjaya menaiki penerbangan Citilink dari Jakarta untuk terbang ke Ternate di Kepulauan Maluku.
Namun, DW berjaya ditahan sejurus turun dari pesawat setelah pihak berkuasa lapangan terbang menerima laporan daripada Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma di Jakarta, lokasi pesawat itu berlepas.
Difahamkan, seorang pramugari ternampak DW memasuki tandas dan kemudiannya keluar dengan berpakaian wanita, dan kemudiannya bergegas ke balai pelepasan untuk menaiki pesawat.
Pemeriksaan kesihatan mendapati lelaki itu positif Covid-19.
Siasatan awal mendapati, lelaki itu menyamar dan menggunakan identiti isterinya kerana wanita itu sebelumnya disahkan negatif Covid-19.