13 ahli kongsi gelap dikompaun RM 26,000 sambut hari jadi

Kickbola.netSebahagian daripada 13 lelaki yang menghadiri majlis hari jadi, dikompaun keseluruhan RM26,000 oleh polis. (Gambar Polis Melaka)



PETALING JAYA: Polis Melaka menahan 13 individu termasuk pemilik premis perniagaan perabot yang disyaki terlibat dalam majlis sambutan hari lahir yang dilihat mempunyai unsur-unsur kongsi gelap, di Batu Berendam, Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Mohd Sukri Kaman berkata penahanan suspek berusia 20 hingga 50 tahun itu susulan polis menerima laporan berhubung rakaman video berdurasi 3 minit 45 saat mengenai majlis itu.

Mereka juga dikompaun RM2,000 setiap seorang berikutan penganjuran majlis itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP), sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Isnin lalu lingkungan 4.30 petang hingga 11.30 malam yang dianjurkan oleh pemilik premis berkenaan dan dihadiri kenalan rapatnya.


Rai hari jadi dengan unsur kongsi gelap, 13 individu ditahan
“Polis juga mendapati di penghujung rakaman video itu terdapat dua lelaki menunjukkan beberapa isyarat tangan yang disyaki berunsurkan kongsi gelap ketika acara memotong kek,” katanya dalam kenyataan.

Semua suspek ditahan di sekitar Melaka oleh polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Selain itu, katanya, polis turut merampas telefon bimbit daripada seorang individu yang dipercayai merakam kejadian tersebut.


Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 50(3) dan Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan selain tindakan kompaun di bawah Peraturan 196 dan Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (PPN) 2021.

“Polis Melaka memandang serius terhadap sebarang aktiviti kumpulan kongsi gelap dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat, justeru masyarakat dinasihatkan supaya tidak memasukkan elemen kongsi gelap dalam apa-apa aktiviti keagamaan, persatuan dan sebagainya yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.